|
07 June 2012 | 22:52 | 0 candie blossom
Layakkah aku cemburu? Sementara dia bukan milik ku.. Layakkah aku cemburu? Sementara dia tidak mahu aku cemburui.. Layakkah aku cemburu? Sementara dia telah ku bingkai di hati ini.. Layakkah aku cemburu? Sementara aku tidak pernah mendapat kata pasti.. Layakkah aku cemburu? Sementara aku hanya manusia biasa… Kepada Allah ku aku kembali… Cemburu? Siapa tidak mempunyai perasaan cemburu? Contohnya, semua wanita jika ditanya mahu apakah ingin dimadukan atau tidak pasti lebih banyak yang jawab ‘tidak’. Kerana lebih penting bagi wanita urusannya adalah hati dan cemburu. Namun bergantung pada wanita itu sendiri, mahu dibawa ke arah mana rasa cemburu dan hatinya??.. Cuba berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH! InsyaAllah. Semoga perasaan cemburu ini tidak membuat diri kita dikuasai oleh rasa cemburu sehingga melanggar apa-apa saja yang telah disyari’atkan Allah swt. Nauzubillah. Sememangnya layak untuk kita merasakan cemburu. Kerana itu adalah fitrah yang sudah diberikan oleh Allah.. |